United panik kehilangan Jones  
  • David Moyes
PEMAIN tengah The Red Devils, Phil Jones boleh melupakan aksi sehingga akhir tahun ini selepas mendapat kecederaan pangkal paha semasa beraksi bersama skuad England menentang Chile, kata kelab tersebut.


Akibat kecederaan tersebut, pemain berusia 21 tahun itu dijangkakan berehat dalam tempoh masa yang panjang sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat diturunkan beraksi menentang Cardiff City dan Bayer Leverkusen.

Keputusan itu sekali gus membuatkan pengurus United, David Moyes pening kepala memikirkan pengganti sesuai untuk menggantikan posisi Jones.

Bagaimanapun Moyes berkata beliau masih menunggu laporan terkini mengenai tahap kesihatan Jones sama ada mengalami kecederaan serius ataupun tidak.

"Selain Jones, Michael Carrick turut mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan selama enam minggu.

"Suka ataupun tidak saya perlu memikirkan cara lain dan mencari pemain yang boleh menggantikan posisi Jones nanti," katanya.