Wednesday, 20 November 2013

Che Ta – ‘Buat Majlis Untuk Kepuasan’

Che Ta - 'Buat Majlis Untuk Kepuasan'
TERNYATA perbelanjaan besar RM200,000 yang dikeluarkan oleh pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi buah mulut ramai.
Ada yang mengatakan itu sebagai suatu pembaziran, namun ada juga yang tidak ambil pusing kerana menganggap mereka mampu mengadakan majlis besar-besaran.


Memetik kata-kata Che Ta melalui Harian Metro, dia dan Zain lebih tahu apa yang mereka lakukan.
“Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.
“Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?
“Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu,” tegasnya.

Ada kebenaran juga di sebalik kata-kata Che Ta itu. Yalah, susah-senang mereka nanti, mereka juga yang menanggungnya. Bukan orang lain, betul tak?

No comments:

Post a Comment