Ledang:
Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat
dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini,
semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah
itu kira-kira dua minggu lalu.
Seorang jiran mahu
dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang
lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk
selepas melihatnya.
“Saya menyangka mereka
sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak
aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran.
“Mereka juga
menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu
dan pagar sentiasa ditutup,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment