Wednesday, 20 November 2013
Sumbang Mahram Dengan Ayah Terbongkar
PETALING JAYA - Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.
Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.
Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.
“Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
“Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.
“Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya,” kata sumber berkenaan.
Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.
Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.
“Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.
“Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin,” menurut sumber polis tersebut.
Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.
Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.
Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.
Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.
“Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan, menurut sumber mStar.
“Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama,” kata sumber berkenaan.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment