Wednesday, 20 November 2013

Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa

Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa
KAMI yakin para penggemar kasut di Malaysia cukup mengenali jenama kasut buatan tangan, Emmett.
Siapa sangka di sebalik rekaan yang cukup eksklusif dan elegan ini, ia merupakan hasil idea seorang anak Melayu tempatan, Zul Mohd yang berasal dari Negeri Sembilan.
Menubuhkan syarikatnya sendiri, THE PERSADA yang menyediakan perkhidmatan bunga dan hiasan di Kuala Lumpur, jejala ini kemudiannya membina jenama Emmett pada tahun 2010.
Ternyata reka bentuk kasutnya mencuri hati ramai termasuklah golongan selebriti seperti Ana Raffali, Sharifah shahirah, Raja Azura, Shahir, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi.


Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa
Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa
Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa
Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa

Lebih membanggakan, golongan VIP juga turut tertarik dengan jenama ini termasuklah Tun Dr. Siti Hasmah dan Datin Seri Normala Samsuddin.
Atas usaha Zul Mohd yang tidak pernah putus, Emmett kini sudah memasuki industri fesyen Hollywood apabila pelakon drama bersiri CSI, Lauren Mayhew memilih untuk mengenakan jenama itu sewaktu Anugerah Grammy ke-55 tahun ini.
Selebriti fesyen ternama, Kimora Lee Simmons, model Los Angeles, Stacy Calderon dan model program America’s Next Top Model Cycle 19 (2012), Kiara Belen juga antara nama besar yang mempercayai Emmett.
Rekaan kasut buatan tangan ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang bersesuaian dengan acara makan malam, perkahwinan, ‘red carpet’ dan pelbagai lagi majlis khas.
Kreativiti dan pencapaian Zul Mohd sehingga ke menembusi pasaran luar ini telah melayakkan dia untuk dipilih sebagai ‘Everyday Malaysian Heroes’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2013.
Diharap agar kejayaan jejaka ini dapat dijadikan inspirasi buat anak muda yang mempunyai bakat dan cita-cita tinggi untuk berjaya hingga ke peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment