Kuala Lumpur: Sengit dan sukar diramal, Mohd Faizul Sani atau Sani,
28, muncul juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 (AF2013)
yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, bintang kelahiran Sabah itu yang
menyanyikan dua lagu iaitu Sepasang Sayap dan Hanyut membawa pulang wang
RM100,000, kontrak rakaman RM100,000 dan trofi.
Meskipun
awalnya duo dianggotai Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25,
terkeluar pada minggu kesembilan, sebaik undian AFMASUK dibuka, bintang
berkenaan unggul mendahului carta dengan 91 peratus dan kembali
bertanding.
Sekali gus, duo yang sentiasa konsisten di carta teratas dan
menyanyikan single terbaru Hentian Terakhir dan lagu tugasan Penglipur
Lara memenangi wang tunai RM30,000 serta trofi.
Manakala, Nadia Amira Othman pula dinobatkan di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.
Sementara itu, tiga finalis lain yang turut bertanding adalah Nur
Nabila Mohd Razali yang menyanyikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan
Katakan Saja, Nur Aishah Aziz (Aishah - Lebih Indah/Mimpi) dan Siti
Ruhailah Hussein (Indah - Jagalah Diri/Percayalah).
Dihadiri kira-kira 3,000 penonton, konsert akhir berkenaan
diacarakan pelakon dan pelawak Zizan Razak dan menampilkan Roslan Aziz,
Sharifah Amani dan Edry Abdul Halim selaku pengkritik tetap.
No comments:
Post a Comment