Friday, 22 November 2013

Hanya Chong Wei wakil tunggal separuh akhir

Lee Chong Wei  
  • Lee Chong Wei
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.


Chong Wei akan menentang pemain veteran Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan separuh akhir esok, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.
Boonsak mengambil masa 42 minit untuk melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16.
Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan beregu England, Chris Adcock/Gabrielle White, 18-21, 12-21

No comments:

Post a Comment