BUAT julung kalinya, sembilan nama nama besar dalam
arena seni tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie,
Dayang Nurfaizah, Jaclynn Victor, Hafiz, Adira dan dua lagi penyanyi
popular dari tanah seberang, iaitu Rossa dan Pansha Ungu, bakal
bergabung menjayakan konsert amal bagi mendapatkan dana tambahan RM2
juta bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.
Konsert selama dua hari anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara (UiTM), akan berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam ini pada 21 Disember, jam 8.00 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif YADB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, objektif utama konsert tersebut adalah mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TPAB) yang kurang berkemampuan terutamanya dari luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
Aizuddin berkata, seratus peratus daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke TPAB.
“Konsert hanya tinggal sebulan saja lagi, setakat ini, tiket berharga RM1000 sudah habis dijual. Kami yakin sebanyak dua ribu tiket lagi akan terjual.
“Kami menyasarkan sebanyak RM2 juta untuk dikumpul pada konsert selama dua hari itu,” katanya pada sidang media bertempat di Hotel Bluewave, Shah Alam, kelmarin.
Selain itu, katanya, dewan tersebut mampu memuatkan seramai 3750 penonton dalam satu masa.
Katanya, tiket boleh didapati menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dengan menghubungi Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03-7962 2186/03-3342 5080, bernilai RM30 sehingga RM1,000 atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-670 473 atau 013 3959839.
Siti janjikan kelainan
Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui penglibatannya dengan UiTM dan YADB adalah kolaborasi keduanya.
Katanya, atas rasa tanggungjawab, dan usaha untuk membantu anak bangsa, dia terpanggil untuk menjayakan konsert tersebut.
“Saya melihat sendiri usaha yang dilakukan YDAB bagi membantu anak bangsa kita yang tercicir. Malah sebelum ini, melalui Simply Siti kita dapat mengumpulkan dana RM30,000 untuk mereka.
“Sebagai anak seni, kami sedia membantu meringankan beban pihak yang memerlukan, menerusi muzik,” katanya yang akan mendendangkan tiga buah lagu pada malam konsert itu.
Siti turut berpendapat, konsert itu bakal mengimbau detik bersejarah kerana ia akan menjadi sebuah persembahan yang cukup hebat.
Katanya, konsert ini juga akan menjanjikan kelainan dengan menggabungkan pelbagai genre muzik akan menjadikannya sangat harmoni dan penuh elegan.
“Membuat persembahan di dewan besar selama dua hari itu, pastinya akan menjadi persembahan yang hebat,” ujarnya.
Amy beri yang terbaik
Bagi Raja Rock terkenal negara, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, apabila YDAB memintanya untuk menjayakan konsert ini, dia tanpa berfikir panjang terus menyatakan persetujuan demi membantu anak-anak yang mempunyai masalah namun bercita-cita tinggi untuk ke universiti.
Akui begitu teruja dan berbangga kerana dipilih untuk membantu anak bangsa, Amy mengharapkan agar konsert itu dapat memberi kepuasan kepada peminat di samping mencapai misi untuk mengumpulkan dana RM2 juta itu.
Menurut Amy, dia belum membuat bayangan bagaimana untuk memberikan kejutan bagi konsert ini. Namun menjanjikan persembahan bertenaga dan bakal mempersembahkan lagu-lagu hitsnya.
Katanya, dia akan berbincang lanjut bersama Edrie, selepas ini sebagai persiapannya untuk menjayakan konsert kolaborasi UiTM bersama YDAB itu memandangkan ia akan berlangsung dalam masa sebulan lagi.
“Saya pasti, akan memberikan 'all-out' pada persembahan saya. Sekali gus bantu cukupkan dana untuk pelajar tercicir ini. Saya yakin dengan wang yang diperoleh, dapat membantu pelajar ini timba ilmu bagi mengubah kehidupan mereka,” katanya yang bakal memanaskan pentas Dewan Canselor itu menerusi aksi bertenaganya.
Edrie kekalkan keaslian melodi
Pemuzik terkenal, Edrie Hashim sebagai Pengarah Muzik bagi konsert ini berkata, dia sangat berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjayakan konsert tersebut.
Menurut Edrie, dia akan memberikan satu pembaharuan dan kelainan dalam konsert itu.
Anggota kumpulan Projek Pistol ini berkata, ia satu cabaran baginya untuk memberikan gimik pembukaan yang menarik kepada penonton yang hadir memandangkan ini pertama kalinya dia menjayakan sebuah konsert besar yang dibuka kepada dua buah negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.
“Ini merupakan penghormatan dan pengalaman baru bagi saya kerana akan bekerjasama dengan sembilan artis terbaik. Insya-ALLAH ia akan berjalan dengan baik, memandangkan mereka artis berpengalaman.
“Melalui konsert ini, saya akan fokus kepada gimik instrumen pembukaan konsert ini. Saya juga tidak akan menggubah banyak sangat lagu kerana bimbang ia tidak sesuai untuk diperdengarkan kepada khalayak,” katanya yang akan mengekalkan keaslian melodi walaupun bakal membuat beberapa kejutan melalui gubahan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh sembilan penyanyi itu.

No comments:
Post a Comment