Menggelar keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah oleh satu
“tragedi”, ahli teologi , Reza Aslan (gambar) berkata, Malaysia terlepas
peluang untuk memaparkan ia adalah sebuah negara Islam yang sederhana
di mata dunia.
“Malaysia memilih untuk terjebak ke dalam kancah konflik agama
meskipun terdapat peluang untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana umat
Islam dan Kristian boleh hidup dengan harmoni dalam negara majoriti umat
Islam,” katanya dalam satu kiriman email kepada The Malaysian Insider
Beliau menggambarkan keadaan ini sebagai memalukan dan mengecewakan
kerana konflik di Timur Tengah di antara umat Islam dan Kristian semakin
buruk.
“Ini mungkin tragedi terbesar dalam keputusan mahkamah,” katanya
merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menghalang
akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah.
Penulis buku terlaris, No God But God: The Origins, Evolution, and
Future of Islam itu sebelum ini pernah mengkritik keputusan mahkamah
dengan menyifatkan kalimah Allah berasal daripada istilah Arab merujuk
kepada Tuhan, sebarang Tuhan.
“Allah berasal dari perkataan al-Ilah. Itu asal perkataannya,” katanya dalam satu wawancara bersama Radio BFM pada Isnin.
“Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir
Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan
Al-Quran itu sendiri. Ia tidak benar jika mengatakan Allah mempunyai
nama,” katanya.
Isu kalimah Allah mencetuskan perdebatan antarabangsa di antara
sarjana Islam dan ulama dengan ramai yang berasa hairan dengan keputusan
mahkamah kerana kalimah itu digunakan oleh penganut Kristian dan Yahudi
merujuk kepada Tuhan sejak sebelum kedatangan Islam.
“Hanya satu penyelesaian untuk isu ini. Batalkan keputusan itu,”
katanya senada dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang
turut menggesa Menteri Dalam Negeri menarik balik arahan kementerian
pada 1986 melarang kalimah itu digunakan oleh penerbitan bukan Islam.
Aslan mengulangi pendiriannya bahawa keputusan mahkamah itu tidak
lebih daripada pendirian politik yang mengakibatkan keputusan itu lebih
memalukan.
“Saya faham dengan amalan politik mahkamah (di Malaysia), bukan satu badan bebas dan mengikut telunjuk parti pemerintah.
“Keputusan mahkamah yang berpura-pura untuk melindungi rakyat
Malaysia sebenarnya lebih terdorong kepada pengaruh politik,” katanya
menerusi kiriman email tersebut.
Aslan dilahirkan sebagai Islam pernah memeluk agama Kristian yang kemudiannya kembali kepada Islam beberapa tahun kemudian.
Beliau mendapat kritikan masyarakat dengan ada pihak yang
mempersoalkan latar belakang dan kredibilitinya untuk berbicara tentang
kalimah Allah.
“Itu yang menjadikan saya lebih berhak untuk memberikan komen berhubung pengunaan kalimah Allah oleh umat Islam dan Kristian.
“Dalam kes tertentu, kepakaran saya tidak dinilai daripada latar belakang agama.
“Ia perlu dinilai daripada latar belakang akademik saya sebagai sarjana agama dan pakar dalam Islam,” katanya.
Beliau memiliki ijazah agama, sarjana dalam pengajian teologi dari Harvard dan Seni Halus.
Aslan turut menerima ijazah doktor falsafah dalam sosiologi dengan memfokuskan sejarah agama.
Beliau juga adalah profesor pelawat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Iowa.
Aslan mendapat perhatian apabila beliau mengecam pihak yang mendakwa
akidah umat Islam akan tergugat sekiranya penganut Kristian menggunakan
kalimah Allah.
“Ini menunjukkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh
mahkamah kerana tidak boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri. Kami
sedang mentertawakan anda.
“Keputusan tersebut bukan sahaja menghalang penganut Kristian
menggunakan kalimah itu, tetpai kalimah itu juga dilihat sebagai ancaman
kepada Islam. Rakyat Malaysia (umat Islam) bodoh sekiranya mendengar
penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka akan memeluk agama
Kristian,” kata penulis buku terbaru berjudul Zealot, biografi Nabi Isa.
Aslan berkata, beliau menerima sejumlah email daripada rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pandangannya.
“Saya telah menjangkakannya. Malaysia merupakan negara moden,
membangun, pluralistik dan demokrasi. Orangnya juga baik, berkesedaran
tinggi dan maju, menurut sumber The Malaysian Insider.
“Malaysia tidak perlu diberitahu bagaimanapun keputusan itu memberi
kesan kepada Malaysia di luar negara. Mereka mengetahuinya,” katanya.
No comments:
Post a Comment