Bagaimanapun ‘lampu hijau’ diberi Siti dan Rossa untuk masuk ke institut pengajian tinggi itu bukan sebagai siswazah, sebaliknya bersama tujuh penyanyi lain bagi menjayakan konsert Destini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 20 dan 21 Disember ini jam 8 malam.
Konsert anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi itu turut membabitkan artis lama dan baru seperti Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz AF, Dayang Nurfaizah dan seorang lain artis Indonesia, Pansha Ungu.
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, bukan mudah untuk melembutkan hati kalangan artis ternama terutama Siti dan Rossa bagi menjayakan konsert yang julung kali di anjurkan pihaknya, hinggakan dia sendiri terpaksa berulang alik ke Jakarta menemui Rossa.
“Sesudah dijelaskan matlamat sebenar Konsert Destini ini, barulah artis terbabit sedia bekerjasama. Kolaborasi Siti dan Rossa ada ekstra`sengat’ namun saya tidak pula memandang rendah kemampuan penyanyi lain yang masing-masing mempunyai kehebatan mereka tersendiri,” katanya.
Menurut Aizuddin, Konsert Destini adalah program eksklusif bagi mengisi tabung YDAB, yang ditubuhkan untuk kegiatan amal dan menyediakan bantuan dana serta biasiswa dalam bidang pendidikan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Pemberian biasiswa adalah salah satu agenda penting yang menjadi inspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mensasarkan anak miskin, anak yatim, anak peneroka, orang asli, anak nelayan, anak polis, anak tentera dan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan.
Penyanyi Dayang Nurfaizah akan membuka tirai Konsert Destini itu dengan lagu Dayang Sayang Kamu, Seandainya Masih Ada Cinta, kemudian disusuli Jaclyn Victor, Adira, Hafiz AF, Awie, Amy Search, Pasha Ungu, Rossa dan Siti Nurhaliza.
Tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk Facebook Yayasan Destini Anak Bangsa/#konsertdestini serta twitter ydabdihatiku.
No comments:
Post a Comment