Tuesday 19 November 2013

Piala Asia igauan ngeri King Gopal............

Kekalahan keatas Qatar menutup segala harapan "palsu" yang di berikan oleh jurulatih kegemaran rakyat Malaysia terutama FAM.

Namun jurulatih Malaysia Dato' Rajagopal tetap tenagng dengan strategi dan corak yang dimainkan oleh anak- anak kesayangannye.



Sungguhpun dengan kekalahan Malaysia ke atas Qatar menutup segala harapan untuk Malaysia bermain dalam kancah Piala Asia. Namun skuad Dato' Rajagopal tetap 'memuji' anak-anak buahnye.

" Mereka bermain dengan baik tetapi tiada rezeki buat kami ". Itulah antara alasan yang akan didengari dari mulut ketua jululatih kebangsaan ini. Sememangnya anak-anak kesayangan Dato' Rajagopal telah memberikan persembahan yang terbaik kew?? dan kita sebagai penyokong TEGAR Harimau Malaya seharusnya bersyukur kew?? dengan aksi yang telah dipamerkan. 

Bukan itu sahaja  sudah tentu hari ini seluruh pelusuk rakyat Malaysia akan memberikan kritikan MEMBINA dan sememangnye jurulatih EMAS ini menyuarakan bahawa dia kenal pemain dia dan ranking bukan segala- galanye.

Diucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih kesayangan rakyat Malaysia yang merupakan jurulatih EMAS FAM. Semoga rekod CEMERLANG yang dipamerkan akan terus kekal selama-lamanya.



\~TABAHLAH PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA~

No comments:

Post a Comment