Wednesday 20 November 2013

Nabil Ahmad Berjaga-Jaga Selepas Kes Kecurian...beringat-ingat kata orang

Nabil Ahmad Berjaga-Jaga Selepas Kes Kecurian
MUNGKIN ada yang masih tidak tahu kereta Mitsubishi Lancer milik pelawak, Nabil Ahmad telah dipecahkan di bahagian tingkap dalam kes curi malam Isnin lalu.
Bagaimanapun, hanya sebuah beg galas sahaja yang didapati hilang dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh itu.


Memetik laporan GUA, pada waktu itu, dia, isteri serta anaknya baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran rakannya.
Bagaimanapun, Nabil hanya perasan cermin belakang keretanya pecah hanya setelah dia mengundurkan kereta.
“Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon bimbit sahaja dalam beg tersebut.
Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun, saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujarnya.

Akibat kejadian itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Damansara kerana risau penjenayah tersebut mengetahui tempat kediamannya melalui alamat rumah yang tertera pada kad pengenalan tersebut.
Syukurlah Nabil sekeluarga tidak berada di dalam kereta sewaktu kejadian. Sekarang ini jenayah semakin tak terduga. Leka sekejap, buruk padahnya.

No comments:

Post a Comment