Friday 22 November 2013

United panik kehilangan Jones

United panik kehilangan Jones  
  • David Moyes
PEMAIN tengah The Red Devils, Phil Jones boleh melupakan aksi sehingga akhir tahun ini selepas mendapat kecederaan pangkal paha semasa beraksi bersama skuad England menentang Chile, kata kelab tersebut.

Taufan Helen badai selatan India

Taufan Helen badai selatan India  
  • Sebahagian penduduk berpindah ke kawasan selamat sebelum taufan Helen membadai selatan India.

MUMBAI - INDIA. Taufan Helen dengan kelajuan angin 100 hingga 120 kilometer membadai beberapa negeri di selatan India, sebulan selepas taufan Phailin.

Hanya Chong Wei wakil tunggal separuh akhir

Lee Chong Wei  
  • Lee Chong Wei
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.

Penyakit berkait tekanan kerja meningkat

stress

KUALA LUMPUR - Regus, penyedia tempat kerja global berkata hampir 70 peratus daripada pekerja Malaysia melihat lebih banyak penyakit berkaitan tekanan sejak kegawatan ekonomi global.

Hakim 'berkongsi besan' tarik diri rayuan Anwar

  • Anwar Ibrahim  
  • Anwar Ibrahim. 

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.

Pengikut Ajaran Harun serah diri

  • Mohd Nizam Mohd Salleh  
  • Salah seorang pengikut ajaran sesat Ajaran Harun, Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya minggu lalu di Kuantan, hari ini. 

KUANTAN - Seorang pengikut kumpulan ajaran sesat Ajaran Harun Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, tampil menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Ketua 'Ajaran Harun' masih dirawat

  • Tuhan Harun   
  •  Harun Mat Saad, 47, yang digelar "Ajaran Harun". 

KUANTAN - Pengarah Kesihatan Pahang,  Dr Norhizan Ismail hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Ajaran Harun', Harun Mat Saad, 47, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Tugasan Berat Siti

  • Siti Nurhaliza  

SELEPAS selesai dua tugas Inspirer iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslaw selama enam minggu bersama pelajar-pelajar AF2013, kini tiba giliran Datuk Siti Nurhaliza untuk berkongsi pengalamannya bersama pelajar sekali gus menggalas tugasan tersebut.

Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta???????

  • Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta

BUAT julung kalinya, sembilan nama nama besar dalam arena seni tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Dayang Nurfaizah, Jaclynn Victor, Hafiz, Adira dan dua lagi penyanyi popular dari tanah seberang, iaitu Rossa dan Pansha Ungu, bakal bergabung menjayakan konsert amal bagi mendapatkan dana tambahan RM2 juta bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.

SPM: Kertas Matematik, Matematik Tambahan bocor?


  • SPM

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Edar dadah: Pengetua warga Iran ke tali gantung

SHAH ALAM - Seorang suri rumah warga Iran hari ini terlepas hukuman mati manakala suaminya, seorang pengetua sekolah di Iran, ke tali gantung berhubung kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Soraiya Mosafer Mardali, 32, namun pembelaan suami wanita itu, Kazem Hamidpoor Abolghasem, 33, gagal menimbulkan keraguan
yang munasabah.

Thursday 21 November 2013

Aznil, Nabil bergabung kemudi AIM 20

Aznil, Nabil bergabung kemudi AIM 20
KUALA LUMPUR: Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 bakal menggandingkan Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad sebagai hos.

Tuhan Harun Tewas Kepada PDRM.....

Ledang: Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu.

2 mati ditikam lelaki di stesen LRT

paoKUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.

Keluarga Norazita luahkan rasa marah & geram

kgeram2KAMPAR – Ahli keluarga mangsa tembakan, Norazita Abu Talib, 37, menyifatkan insiden pembunuhan pegawai bank itu sebagai tindakan kejam.
Sepupu, Musa Othman, 50, berkata, meskipun mereka reda dengan kematian berkenaan, namun terkilan dengan insiden yang dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan itu.
“Pada mulanya kami sangka ia kematian biasa, tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis begini.
“Dia cuma seorang perempuan, kenapa masih ada orang sanggup lakukan sebegitu? Kalau nak kata marah, memang kami marah, geram pun ada, beberapa saudara lain ada yang tak sanggup nak lihat gambar kejadian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Itam Labu, di sini, semalam.

Gempar, Ikan pelik bermulut buaya

buayaGUNUNG SEMANGGOL – Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Pemuda PAS: Kami tunggu Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah

Pemuda PAS: Kami tunggu Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah
PETALING JAYA: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berharap agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah satu hari nanti.

Lelaki bisu lakukan seks luar tabii dalam tandas

luar






KUALA LUMPUR – Seorang tukang cuci yang juga orang kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, seks luar tabii serta merompak seorang wanita di dalam tandas, minggu lalu.

Kisah Benar – Balasan Kerana Hina Hukum Allah

Balasan Kerana Hina Hukum Allah | Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

 

Rekaan terbaru Kawasaki yang Bad Ass!!!!!

Japan: Rekaan terbaru Kawasaki yang Badass  dimana reka bentuknye merujuk kepada salah satu filem yang digemari dan diketahui ramai terutama pada mereka yang amat menggemari cerita Sci-Fi atau cerita yang merujuk kepada dunia masa hadapan iaitu TRON.


Meskipun dalam filem tersebut reka bentuknye mempunyai lampu berwarna biru..., tetapi dengan design yang dikeluarkan oleh Kawasik ianya bertemakan hijau....

Wednesday 20 November 2013

Berbogel Selepas Perancis Layak Ke Piala Dunia

anchor
PARIS – Berjuta-juta penduduk Perancis tidak melepaskan peluang menonton televisyen semalam, bagi menyaksikan seorang penyampai berita mengotakan janjinya.



Gadis Tidak Bermoral, Mahu Lelong Dara

Catarina Migliorini
 
BRAZIL – Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga  RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama kepada pembida.
Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.

Keluar jel tubuh geng

Seremban: Dua suspek yang baru dibebaskan dari penjara Ogos lalu kerana terbabit dalam kes pecah rumah didapati tidak serik apabila kembali aktif melakukan jenayah itu dan curi kenderaan dengan menubuhkan geng baru yang menyasarkan kediaman di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan negeri ini.
Bagaimanapun, kegiatan kumpulan dikenali Geng Arif Kecik itu lumpuh apabila kedua-dua suspek bersama dua wanita yang juga adik beradik ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban diketuai Inspektor Roswadi Ismail dalam serbuan di sebuah rumah flat di Paroi, di sini, 8 November lalu.Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, suspek berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan di rumah keluarga adik beradik itu ketika tidur kira-kira jam 6 pagi.

“Hasil risikan, empat suspek serta dua wanita berusia 25 dan 26 tahun dipercayai aktif memecah masuk rumah dan curi kenderaan pada malam hari menggunakan pemutar skru.



Foto 
ZAINAL (tiga dari kiri) menunjukkan barang kes yang berjaya dirampas daripada suspek.

“Dengan tertangkapnya empat suspek itu, kita berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di empat negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Seremban, di sini, semalam.

Tak sangka jiran baru ketua ajaran Harun

Tuhan Harun  
  • Harun Mat Saad, 47, yang digelar "Tuhan Harun". - Foto Bernama

LEDANG – Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu.

Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa

Anak Melayu Bawa Jenama Ke Persada Antarabangsa
KAMI yakin para penggemar kasut di Malaysia cukup mengenali jenama kasut buatan tangan, Emmett.
Siapa sangka di sebalik rekaan yang cukup eksklusif dan elegan ini, ia merupakan hasil idea seorang anak Melayu tempatan, Zul Mohd yang berasal dari Negeri Sembilan.
Menubuhkan syarikatnya sendiri, THE PERSADA yang menyediakan perkhidmatan bunga dan hiasan di Kuala Lumpur, jejala ini kemudiannya membina jenama Emmett pada tahun 2010.
Ternyata reka bentuk kasutnya mencuri hati ramai termasuklah golongan selebriti seperti Ana Raffali, Sharifah shahirah, Raja Azura, Shahir, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi.

Kes Culik Semporna – Penculik minta wang tebusan?

pom 
PETALING JAYA - Menteri Taiwan, Lee Hong-yuan mendedahkan pihak kerajaan menerima panggilan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai permintaan wang tebusan untuk membebaskan pelancong warga Taiwan yang diculik di resort Pulau Pom Pom di Sabah.
Lee bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya pada sidang media bersama wartawan Taiwan pada Rabu.

Ketua ‘Tuhan Harun’ Ditahan Polis



tuhan harun1
KUANTAN – Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya, menurut sumber HMetro.

Misteri Christine Palace & Villa Nabilla



kimi
JOHOR BAHRU – Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.
Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.
Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Sumbang Mahram Dengan Ayah Terbongkar

ayah sumbang
PETALING JAYA - Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.
Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Nabil Ahmad Berjaga-Jaga Selepas Kes Kecurian...beringat-ingat kata orang

Nabil Ahmad Berjaga-Jaga Selepas Kes Kecurian
MUNGKIN ada yang masih tidak tahu kereta Mitsubishi Lancer milik pelawak, Nabil Ahmad telah dipecahkan di bahagian tingkap dalam kes curi malam Isnin lalu.
Bagaimanapun, hanya sebuah beg galas sahaja yang didapati hilang dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh itu.

Che Ta – ‘Buat Majlis Untuk Kepuasan’

Che Ta - 'Buat Majlis Untuk Kepuasan'
TERNYATA perbelanjaan besar RM200,000 yang dikeluarkan oleh pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi buah mulut ramai.
Ada yang mengatakan itu sebagai suatu pembaziran, namun ada juga yang tidak ambil pusing kerana menganggap mereka mampu mengadakan majlis besar-besaran.

Pilu lihat derita ditanggung anak..betul-betul kesian

  • Pilu lihat derita ditanggung anak 
  •  Mohd Esa dan Asiah sentiasa berada di sisi anak kesayangan mereka.

KULIM - Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Tak mahu lepas mayat suami

  • Tak mahu lepas mayat suami  
  • Wanita terbabit enggan meninggalkan mayat suaminya walaupun dinasihati pegawai perubatan dan orang awam.

HULU BERNAM - Akibat tidak dapat menerima hakikat suaminya telah meninggal dunia, seorang wanita sanggup memangku mayat suaminya walaupun pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia beberapa jam lalu akibat kemalangan.

Intan Ladyna Akui Serik Ada Pengurus...Kenapa Ea????

Intan Ladyna

Sejak kebelakangan ini, jarang sekali GUA nampak pelakon Intan Ladyana hadir ke majlis-majlis hiburan dengan pengurus wanitanya. Setelah dirisik-risik, rupa-rupanya Intan sekarang tidak lagi bersama dengan pengurusnya itu.

Kerajaan Selangor cipta sejarah



rajaa
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Pierre Andre Bakal Timang Cahaya Mata???Alhamdulillah

Pierre Andre Bakal Timang Cahaya Mata

BERITA baik buat peminat pengarah dan pelakon, Pierre Andre yang kini bakal bergelar bapa.
Isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim telah disahkan hamil lapan minggu, memetik artikel Media Hiburan.
Bagaimanapun, pada peringkat awal kehamilan ini, isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk seperti muntah-muntah selepas makan.

Isteri pembunuh pegawai AmBank dipenjara...Kenapa pulak ea????



ttarak
PETALING JAYA – Isteri tertuduh kes bunuh pegawai AmBank, La Ode Ardi Rasila dihukum penjara enam bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana tinggal lebih masa di negara ini sejak 16 April 2009.

Shahrol (Shiro) Calon Deejay Ganti Faizal Ismail... Anda rasa?????

Shahrol (Shiro)

PETALING JAYA – Salah seorang pelawak dari Kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen Hot FM berkuat kuasa 15 November lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, buat masa ini pihaknya sedang menguji keupayaan pelawak itu selama tiga hari bermula Isnin lalu bagi menentukan kesesuaiannya mengemudi segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AG.
“Shahrol mula ke udara pada Isnin lalu sehingga Rabu ini (hari ini) dan kita sedang lihat sama ada dia sesuai atau tidak untuk menggantikan tempat Faizal,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

'Ditipu ustaz': Boy Iman saman malu RM3 juta

  • 'Ditipu ustaz': Boy Iman saman malu RM3 juta

“PERBUATANNYA itu  membuatkan saya tertekan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental!,” tegas pelakon dan penerbit, Boy Iman mengenai tindakan saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat bergelar 'ustaz'.

Dirogol dalam rumah nenek??? dirogol atau RELA????

  • Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed  
  • Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed

SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

GAMBAR : Nur Amalina Che Bakri yang menjadi kontroversi???? betul kew???

Kat laman blog,twitter,facebook dan banyak lagi media elektronik internet kecoh pasal gambar Nur Amalina Che Bakri,pelajar genius yang memperolehi keputusan SPM 2004 dengan 17A1.
Pelajar ini telah menjadi idola anak-anak muda sekarang dalam mengejar kejayaan dalam akademik sehinggakan beliau telah di anugerahkan Maulidurrasul suatu ketika dahulu.

Dek kerana banyak sangat cerita pasal dia jadi kamipun terpanggil untuk mencari apa yang menjadi isu terhangat itu.

Rupa-rupanya kerana gambar-gambar beliau yang agak keterlaluan ketika berada di UK.Khabarnya semua gambar yang diperolehi diambil dari laman sosial facebook beliau tetapi kini laman facebook beliau telah dipadamkan untuk tatapan semua.

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat kami perolehi yang dikatakan milik pelajar genius tersebut.

Apa komen anda?





Gadai nyawa demi anak



kora
Kuantan – “Selepas memberi bantuan pernafasan kepada Eka Syakira, saya menoleh ke arah abang untuk menariknya naik ke atas perahu, tapi dia sudah tak ada.”

Tuesday 19 November 2013

Umur baru 18 tahun tapi dah kahwin 11 kali???? Biar betul??


                                         

JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.



Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.


Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan

mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi

GADIS 16 TAHUN MENGAKU PERNAH BERZINA DENGAN LAPAN LELAKI!








GADIS 16 TAHUN MENGAKU PERNAH MENIDURI LAPAN LELAKI | KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Soo Wincci Cari Cinta Selepas 2 Tahun Hidup Solo



Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mengakui dia mula berasa sunyi apabila masih lagi belum mempunyai kekasih sejak dua tahun hidup menyendiri.

Soo Wincci berharap dapat bertemu dengan jodoh yang sesuai dengannya