Friday 22 November 2013

United panik kehilangan Jones

United panik kehilangan Jones  
  • David Moyes
PEMAIN tengah The Red Devils, Phil Jones boleh melupakan aksi sehingga akhir tahun ini selepas mendapat kecederaan pangkal paha semasa beraksi bersama skuad England menentang Chile, kata kelab tersebut.

Taufan Helen badai selatan India

Taufan Helen badai selatan India  
  • Sebahagian penduduk berpindah ke kawasan selamat sebelum taufan Helen membadai selatan India.

MUMBAI - INDIA. Taufan Helen dengan kelajuan angin 100 hingga 120 kilometer membadai beberapa negeri di selatan India, sebulan selepas taufan Phailin.

Hanya Chong Wei wakil tunggal separuh akhir

Lee Chong Wei  
  • Lee Chong Wei
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.

Penyakit berkait tekanan kerja meningkat

stress

KUALA LUMPUR - Regus, penyedia tempat kerja global berkata hampir 70 peratus daripada pekerja Malaysia melihat lebih banyak penyakit berkaitan tekanan sejak kegawatan ekonomi global.

Hakim 'berkongsi besan' tarik diri rayuan Anwar

  • Anwar Ibrahim  
  • Anwar Ibrahim. 

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.

Pengikut Ajaran Harun serah diri

  • Mohd Nizam Mohd Salleh  
  • Salah seorang pengikut ajaran sesat Ajaran Harun, Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya minggu lalu di Kuantan, hari ini. 

KUANTAN - Seorang pengikut kumpulan ajaran sesat Ajaran Harun Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, tampil menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Ketua 'Ajaran Harun' masih dirawat

  • Tuhan Harun   
  •  Harun Mat Saad, 47, yang digelar "Ajaran Harun". 

KUANTAN - Pengarah Kesihatan Pahang,  Dr Norhizan Ismail hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Ajaran Harun', Harun Mat Saad, 47, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).